Mutiara Kata


(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Jalan menuju ke syurga itu tidak akan dihampari permaidani merah yg lurus, kemudian ditabur bunga-bungaan, tetapi jalan menuju ke syurga itu adalah jalan yg bengkang-bengkok, rapuh penuh dengan semak-samun serta ditaburi dengan duri yang terpacak
✿✰◠◡◠✰ Nurmujahiddah Solehah ✰◠◡◠✰✿
 (¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Hidup manusia akan terus berjalan selepas selesai satu cabaran. Cabaran lain pula datang menjenguk. Tiadalah rehat melainkan ketika ajal datang menghentikan. Sebelum itu, hidup akan terus bergerak bersama-sama hikmah yg harus diteguk
✿✰◠◡◠✰ Nurmujahiddah Solehah ✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan
lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA
✿✰◠◡◠✰ Putri Cahya Qaseh ✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Iman, apa khabar hari ini? Masih pada takuk yang lama atau sudah maju keatas? Taqwa, sering hati tertanya khabarmu. Semakin tegarkah engkau menahan badai dunia ?
Cinta, engkau bagaimana? Semakin kuatkah akarku menyelimuti hati?
Air mata, di mana engkau? Turunlah membasahi pipi. Hati menyeru engkau kerana hati gentar akan Allah. Apa khabarnya iman, tegarkah taqwa, kuatkah cinta? Air mata, menitislah di dalam sujud bagi mendatangkan ketenangan. Hati tetap di sini , menunggu dengan sabar.
"O believers ! Seek Allah's help with patience and prayers."
✿✰◠◡◠✰ Adibah Husin ✰◠◡◠✰✿
 (¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Sabar itu Iman
Duit bukan Teman
Dunia hanya Pinjaman
Mati tidak Berteman
✿✰◠◡◠✰ Putri Cahya Qaseh ✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Empat jenis racun & empat penawar. Dunia itu racun, zuhud ubatnya, harta itu racun, zakat ubatnya, seluruh umur itu racun, taat ubatnya, seluruh tahun itu racun , ramadhan ubatnya " 
Jangan susah hati kalau otak tak pintar tapi susah hatilah bila anda mula malas nak berfikir
Suka kena buat, tak suka pun kena buat, Jadi lebih baik kita suka. "Buat semua benda dengan suka, semua benda jadi mudah. Buat semua benda dengan menyampah, semua benda jadi susah.
(Petikan dari buku tulisan Dr.H.M.Tuah)
✿✰◠◡◠✰ Niah Man ✰◠◡◠✰✿ 
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah org yang putus harapan dan dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.
Apabila seseorang benar-benar taat kepada Allah S.W.T. maka Dia akan memperlihatkan kepadanya amalan yang membuatnya sibuk melayani kehendak-Nya dan mengenepikan persoalan keduniaan.
(Petikan dari buku, himpunan cerita-cerita pembina akhlak)
✿✰◠◡◠✰ Niah Man ✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Muslimah: dirimu ibarat kaca; tersentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dbenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, keran mulut badan binasa, jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jgn meluru ikut telunjuk nafsu. Sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah, jaga pakaian; ia cermin peribadi, di mana & dalam keadaan macam manapun, biar orag kenal…Dia orag ISLAM. Simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada Iman…
✿✰◠◡◠✰ Nurmujahiddah Solehah ✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan, suburkanlah ia dengan siraman zikrullah...pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman..usah biarkan ianya layu dengan racun dunia...pagarilah ianya dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu serta mendidik jiwa...
✿✰◠◡◠✰ Nurmujahiddah Solehah ✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Hai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. – Luqman Al-Hakim
✿✰◠◡◠✰Putri Cahya Qaseh✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Biar rebah jangan berubah..biar terbuang terus berjuang. Ujian adalah tarbiyah dari Allah. Semakin dekat bahtera diri kepadaNya, semakin kuat ribut taufan melanda.
✿✰◠◡◠✰Ema Mira✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Bila kau memandangnya segala dari Tuhanmu, Yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, Yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang dan menyusahkan hidupmu, Pasti akan damailah hatimu kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan DIA tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu isi hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA...InsyaAllah...
Uhibbukum Fillah wahai saudara-saudaraku ~♥♥♥~
✿✰◠◡◠✰ Nurmujahiddah Solehah ✰◠◡◠✰✿
 (¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Kata Renungan hari ini;;;;(‿♥ )
Sapaan adalah hal yang mudah di lakukan, murah bahkan percuma. Tapi apakah antunna tahu makna sebuah Sapaan...Kerana sapaan yang antunna kirim,,,...Membuat seseorang tahu bahawa dirinya "TIDAK DI LUPAKAN." Dan sudahkah antunna INGAT sahabat-sahabat yang antunna lupakan?
BERUNTUNGLAH orang-orang yang mengingati teman, saudara, dan sahabatnya.
Maka diriku sapa kalian semua dengan "ASSALAMU'ALAIKUM WBT"
~*~ keep ukhuwah strong :) ~*~
✿✰◠◡◠✰ Nurmujahiddah Solehah ✰◠◡◠✰✿
 (¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Bolehkah aku peruntukkan untuk diriku hiburan yang diharuskan? Jawapan Ibnu Qayyim: "Cukuplah kelalaian yang ada dalam drirmu itu sebagai hiburan"
✿✰◠◡◠✰Ema Mira✰◠◡◠✰✿
 (¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Kalau kita sakit, Nabi Ayub jauh lebih teruk sakitnya, kalau kita rasa kita paing kaya, Nabi Sulaiman teramat jauh lagi berganda-ganda kaya,kalau kita berkahwin tapi tak dapat-dapat anak, ingatlah Nabi Zakaria yang dah terlalu lanjut usia tua baru dapat seorang anak. Kalau kita rasa kita yang paling cantik/tampan, Nabi Yusof jauh lebih rupawan.
✿✰◠◡◠✰Ema Mira✰◠◡◠✰✿
 (¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
 (¯`’•.¸(¯`’•.¸*♫♪♥(✿◠‿◠✿)♥♫♪*¸.•’´¯)¸.•’´¯)
Apa khabar cinta? Semoga tetap d jalan-NYA....
Apa khabar iman? Semoga tetap selalu beranjak naik....
Apa khabar hati? Semoga sentiasa suci....
Apa khabar letih? Semoga ikhlasmu jadi amal sholeh...
Awali hari ini dengan bahagia-NYA.....( ‿◕ )
✿✰◠◡◠✰ Nurmujahiddah Solehah ✰◠◡◠✰✿
(¯`·._.·(¯`·._.·۩๑๑۩๑๑۩ TQNI  ۩๑๑۩๑๑۩·._.·´¯)·._.·´¯)
Walaupun bukan dari sekolah agama...atau bukan dari jurusan agama...jika diri kita bersungguh-sungguh mempelajari islam dan mengamalkannya apa yang dipelajarinya walaupun sedikit....maka adalah lebih baik dari mereka yang belajar banyak tentang agama tapi tak dipraktikkannya.
✿✰◠◡◠✰Ema Mira✰◠◡◠✰✿