Nafsu


Nafsu dikurniakan Allah kepada makhluk yang bernama manusia dan Allah telah pun menyediakan jalan diantaranya menuju kebaikan ataukah kejahatan.
Nafsu tidak dapat kita hilangkan ataupun kita bunuh, namun mestilah kita mampu mengendalikan dengan cara yang benar.
Islam telah mendidik kita bagaimana mengendalikan nafsu dengan benar. Melalui Islam lah Allah telah menyebar ilmu NYA, bagaimana kita mengenal, mendidik, mengawal dan membimbing nafsu, dan Allah akan memberikan kesejahteraan di dunia, membuka pintu-pintu syurgaNya di akhirat, bagi mereka yang mampu mendidik dan mengendalikan nafsunya.
Nafsu dijadikan bertujuan untuk mengawal diri manusia dari ujian serangan tapi bukan untuk menyerang. Dengan nafsu juga manusia akan berlumba dan bersaing dalam mencapai kejayaan dirinya, namun yang menjadi isu ialah apabila nafsu itu sudah melampaui batas dan sukar dikendalikan. Perkara inilah yang mengakibatkan seorang manusia selalu terjebak dalam perangkap syaitan kerana menuruti hawa nafsunya sehingga tidak pernah puas dan akhirnya membawa binasa, kerana Allah mencela orang-orang yang melampaui batas.
Maka sudah seharusnyalah kita “melihat” kedalam diri kita, intropeksi diri. Apakah kita sudah mengenal kedudukan nafsu dalam diri? Apakah sudah mampu mengendalikanny?.
Inilah yang sepatutnya untuk kita perbaiki sebelum kita melayakkan diri untuk beramal ibadah, serta memetik “buahnya” iaitu Hidayah dari Allah SWT.


*Perkongsian dari Group “Teratak Qaseh Nur Ilahi” Pada 2hb Febuari 2011 Oleh Ukhti  Nurmujahiddah Solehah

No comments:

Post a Comment