Ya Allah….Hanya Kerana MU



Ya Allah, 
aku jatuh cinta padaMU
Ya Allah, 
aku jatuh cinta pada KekasihMU iaitu Rasulku 
Ya Allah, 
aku jatuh cinta pada AgamaMU
Ya Allah, 
aku jatuh cinta pada kakak-kakakku & adik-adik yang sering mengingatkanku kepadaMU
Ya Allah, 
aku jatuh cinta pada jalinan ukhuwah disini keranaMU
Ya Allah, 
aku jatuh cinta pada ukhti disini kerana cintanya padaMU
Ya Allah, 
aku jatuh cinta pada nukilan bait-bait puisinya yang dicoret keranaMU
Ya Allah, 
aku jatuh cinta pada cinta yang KAU cipta dalam diriku
Ya Allah, 
sesungguhnya KAU sebaik-baik pencinta
Ya Allah, 
sungguh luas cintaMU

Ya Allah, 
KAU jadikanlah cinta-cinta kami hanya kerana cinta padaMU
Ya Allah, 
KAU perbaikilah cinta kami kepadaMU
Ya Allah, 
KAU kuatkanlah cinta kami kepadaMU
Ya Allah,
KAU jadikanlah sakit ukhti-ukhti disini sakit yang dirasai bersama keranaMU
Ya Allah,
KAU sembuhkanlah sakit-sakit yang menimpa ukhti disini dengan izinMU
Ya Allah,
KAU jadikanlah kami hamba-hamba yang taat kepadaMU
Ya Allah,
KAU kuatkanlah iman kami dalam menerima dugaanMU
Ya Allah,
KAU jadikanlah kami hamba-hamba yang sabar menerima musibah dariMU
Ya Allah,
KAU jadikanlah ukhti-ukhti disini sahabat-sahabat yang terbaik buatku
Ya Allah, 
KAU temukanlah hati-hati kami kepada yang mencintaiMU
Ya Allah, 
KAU satukanlah hati-hati kami kepada yang mencintaiMU
Ya Allah, 
KAU naungilah kami dengan cintaMU


Ya Allah, 
janganlah KAU cabut rasa cinta ini dari kami hamba-hambaMU
Ya Allah, 
jika KAU cabut rasa cinta ini dari kami, maka pincanglah hamba-hambaMU
Ya Allah, 
jauhkan kami dari murkaMU dan dekatkanlah kami pada redhaMU

Ya Allah…. 
Ya Allah…. 
Ya Allah…. 

KAU kabulkanlah permintaan hamba-hambaMU 
Amiin….Ya Allah 
Ya Rahman Ya Rahim 
Ya Hayyu Ya Qayyum 
Ya Qawiyu Ya Matin
Ya Dzal Jalaliwal Ikram 



Penulis: Putri Cahya Qaseh

~ Indahnya Ukhuwah ini kerana Allah~

 بسم الله الر حمن الرحيم

Assalamualaikumwarahmatullah...

Puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir  alam. Mengatur seluruh isi alam dan hanya Engkau Yang Maha Berkuasa. Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah…… Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Apa yang terbaik untukku hanyalah DIA yang lebih Mengetahui…kerana ana yakin tiada yang sia-sia
Ingatlah bahawa Allah sentiasa  ada bersama…:)..tegarlah diri membina keyakinan..hadirlah ketenangan dan keyakinan dengan iringan kasih sayangNya..insyaAllah..janji Allah itu benar..pastikan terjadi, yakinlah !

Jazakallah khair  sahabat2  fisabilillah, hadirnya kalian mengingatkan diri ini bahawa janji Allah pastikan berlaku..cuma masanya belum tentu dalam keinginan dan kehendak kita atau tidak..DIA ada perancangannya yang tersendiri kerana DIA Mengetahui yang terbaik untuk kita…:) Tegarlah hati membina tarbiyah iman..bukankah ujian itu adalah tarbiyah dari Allah..mehnah dalam perjuangan adalah suatu kepastian kerana di penghujungnya ada syurga menanti yang bukan senang mendekati dan maharnya sangat tinggi nilainya!......Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah…

'Sahabat2  yang dikasihi Allah.... jika kalian melihat bumi bermandikan hujan di luar sana ..curahan hujan yang mencurah-curah tidak berhenti, bahawa harapan bagi Allah untuk bermandikan dengan berkat-Nya dan rahmatNya tidak berhenti .. mencurah-curah .. .jauh  di dalam hati ini dapat merasakan Dia akan memberi kita sesuatu yang sangat istimewa .... terima kasih ukhti .. uhibbukumfillah .. apa-apa kecuali demi kasih-Nya .. '


click di pic ni...
Alhamdulillah..ameen, ..insyaAllah..moga doa kalian sahabat diangkat tinggi oleh malaikat dan  dimakbulkan Allah…kerana ukhwah itu sangat indah… tak dapat nak digambarkan…kita bersama seiringan..membina tarbiyah dan mendidik jiwa dalam satu matlamat..redhaNya kita jejaki seiringan..:) Alhamdulillah..kita bersama dalam suka dan duka..dalam tangis dan tawa kita bersama..anjurkan itu dan ini..i'm proud of you all akhawat..ana uhibbukum fi Al Islam..fillah…:) Bertemunya kita di sini kerana izinNya...ikatan kasih sayang kita diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama..:) walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…

Sahabat yang dikasihi fillah,
ana tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan ana berasa sempurna apabila mengenalinya..syukran sahabiah fillah..antunna menyempurnakan dan menyerikan hari-hari ana di Teratak Kaseh Nur Ilahi..moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta rabitah…ameen..insyaAllah ~

Dalam kesakitan teruji kesabaran,

dalam perjuangan teruji keikhlasan,

dalam ukhuwah teruji ketulusan,

dalam tawakal teruji keyakinan,

Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah ..~
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"
Saiyidina Umar Al Khattab 

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia..peringatan buat diri sendiri..

Ya Allah, sambutlah tangan kami ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang  kami lakukan,  kami mencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.

Sekian lama kami mencari dan kami jejaki,

rahsia sebuah keikhlasan,

rahsia sabar yang indah,

rahsia ketaqwaan,

rahsia menyalakan zikir,

rahsia sebuah kesyukuran,

rahsia redhanya pada takdirMu,

rahsia senyuman yang menggembirakan…

Ya Allah, thabatkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..

Wahai Tuhanku, aku berpaling untuk-Mu

~ Allahuma Faqihna Fid Deen..~

Ameen~ Bi iznillah Ya ILAHI..

"Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"
(Al A'raf:56)

'Sekali-kali Allah tidak mengurniakan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran, kecuali bahawa Allah menggantinya dengan yang lebih baik dari apa yg Dia cabut darinya'
(Umar Abdul Aziz r.a)

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin,  akhirnya diri ini  redha  dengan apa yang telah Allah tentukan untukku.  Alhamdulillah  ana mempunyai keluarga, teman-teman,  sahabat-sahabat,  kakak  dan adek-adek serta orang sekeliling yang selalu mengingatkan diriku tentang Zat-zat Allah yang tiada tandingannya.  Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin. Ana  juga punya teman sejati yang selalu ana tatap usai solat. Menatapnya umpama membaca puisi indah karangan zaman Inggeris classic. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi-Mu...indahnya ayat-ayat Al-Quran…Moga berterusan ana kekal dengan teman yang ini.  Tiada kata selain pujian yang hanya layak bagi Allah. 

Tiada pengharapan hanya pada Allah Yang Khaliq. Ya Allah, sungguh ku memohon kepadaMu kebaikan pada hari ini, dan akan datang, kemudahan dalam mencari rezeki yang halal dan baik, pertolonganMu, taufiqMu dan ketetapan untuk mengikuti petunjukMu. Ya Dzaljalali Wal Ikram..kuatkanlah genggaman tanganku terhadap imanku kerana hanya Kaulah tempatku bersandar pada segala urusanku..Ameen..insyaAllah ~

syukur…zikir…sabar

di dalamnya terdapat kebahagiaan dan pahala..ketenanganku ada pada solat dan istigfar…

denganMu kami punyai segalanya…kami hadir padaMu, Allah Rabbul Izzati 

Ana yakin segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. petiklah hikmah dari setiap cubaan yang Allah berikan..moga hadirnya kekuatan dan ketenangan dalam menempuhi ujian di dunia ini..insyaAllah 

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...


Sahabat.... ana mengasihi kalian kerana ALLAH dan ana pinta kasihiku kerana ALLAH juga. …Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..


ana mengenal kalian lewat JIWA,, bukan lewat MATA
ana jadikan kalian SAUDARA lewat HATI,, bukan sekadar BASA-BASI
ana tak tahu seperti apa ana dalam pandangan kalian,,
selayak apa ana dalam ukhuwah kalian,,
tapi yang ana tahu,,
meski dengan keTERBATASan dan berbalut keKEKURANGAN
ana menulis NAMA kalian di HATIku
Sejak awal
kita dalam balutan ISLAM UHIBBUKUMFILLAH ...
( K Niah, Dek Qaseh, Dek Sofea, Dek Ina & Dek Ema)


Andai saja kalian tahu,,
Kalianlah sahabat jiwaku,, meski raga tiada pernah bersua dan jarak terbentang di antara kita..
Kalianlah saudaraku, ,walau darah kita tak sama dan terlahir dari rahim yang berbeza,,
Tiada terlewat nama kalian dalam lirih doaku..
Tiada terungkap besarnya kasih ini pada kalian..


Sahabat, kakak, dan juga adek2ku… MAAFkan diri ini..
Moga keceriaan kan slalu menghias wajah indah kalian dan ketenangan sentiasa menyelimuti jiwa kalian...


Sahabat, cinta dan kasih sayang ini kerana-Nya,,
Smoga Allah pertemukan kita dalam indah mihrab-Nya dan memberi kita naungan manakala kelak tak ada naungan selain naungan-Nya.. 

▄▀▀▀──────────────
▀█▄▄▄▀▀██▄▀▄▄▀▀██▄▀▄▄▀▀█▀█▀▀
▀▀█▄█──▄█──▄█──
▀▀▀───────▀▀▀──────
▒▒▒▒▒▒▒▒███▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒███▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒███████████▒▒▒▒▒▒▒▒▒███████████▒▒▒
▒▒███████████████▒▒▒▒▒███████████████▒
██████████████████▒▒▒█████████████████
███████████████████▒██████████████████
██████████████████████████████████████
████████████╔═╗═╔╗══╔╗══╔╗═███████████
████████████║═╬═╣╚╦═╣╚╦═╣╚╗███████████
▒███████████╠═║╬║║║╬║╬║╬║╔╣██████████▒
▒▒██████████╚═╩╩╩╩╩╩╩═╩╩╩═╝█████████▒▒
▒▒▒████████████████████████████████▒▒▒
▒▒▒▒██████████████████████████████▒▒▒▒
▒▒▒▒▒████████████████████████████▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒█████████████████████████▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒█████████████████████▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█████████████████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████████████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒███████████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒███████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█████▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒███▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒█▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

moga hadirNya menemani perjalanan kita di sini dengan iringan kasih sayangNya..
tersenyumlah dengan senyum yang menggembirakan..biarkan kedukaan itu di langit!
Jazakumullah khairan kathira semua  

doa ana moga kalian semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..ameen ~


Penulis: Nurmujahiddah Solehah