Persoalan Mencukur Kening



Adibah Hussin
Assalamu'alaikum ya ukhti sekalian ..
Ana ada satu soalan yang hari ini ana selalu teringat . Ana tak pasti tentang mencukur bulu kening , keliru kembali kerana ada perkara tertentu . Minta tolong sesiapa yang mengetahui terangkan .. Semoga dirahmati Allah .. SYUKRAN ^_^ ♥

Wa'alaikumsalam.....Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar,kerana Rasulullah S.A.W bersabda :

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah.” 

Ertinya : “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis (Bulu Kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.

Tapi jika bulu kening berselerak bagi wanita sahaja dibenarkan mengemaskan dengan mencabut. Dengan syarat melakukannya kerana berhias untuk suami

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadith yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah RA mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah RA menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”

Hadith kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”

Mengenai hadith pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik

Mengenai hadith kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.

Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadith kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan hodoh, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menghodohkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri. Wallahu aklam..

Adibah Hussin 
tp ada lagi la soalan , benda2 kt atas tu untuk semua empat2 mazhab ke ? ana tnya sebab ada seorg kawan ana dri pakistan tp dorang tinggal sini , mazhab lain . ana nak tau , dorang bole x cukur bulu kening ? ana tak bermaksud nak cakap tentang org kt sini . ana cuma nak tahu kepastian .. maaf ya . ^_^

Beberapa pendapat ulama' berkaitan perkara ini, keempat-empat ulama Mazhab, Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali bersepakat bahawa mencukur kening adalah haram kerana mengubah kejadian ALLAH. 
Ana akan perincikan setiap satu mazhab dan akan buat kesimpulan di bawah. 
1. Mazhab Hanafi : HARAM mencukur kening dengan tujuan bersolek atau pun tidak ada apa2 darurat yg memaksa permpuan tersebut mencukur keningnya. darurat yg dimaksudkan, jika kening dia terlalu pnjng, tumbuh misai, tumbuh jnggut lalu menjadikan wajahnya kelihatan buruk dan perempuan tersebut berasa malu shngga menyeksa perasaan dia sebagai wanita. maka boleh rambut2 yg tmbuh selain dari sifat fitrah perempuan biasa seperti misai dan janggut boleh dicukur bertujuan utk kemblikan wajahnya yg asal sprti wanita yg lain. 

2. Mazhab Maliki :- HARAM mencukur kening kerana perbuatan tersebut mengubah ciptaan asal ALLAH s.w.t jika kening tersebut terlalu lebat sehingga menutup mata yang menghalang pandangan dan menjadikan rupa tersebut buruk, dibolehkan sekadar mnghilangkan kesusahan tersebut sahaja. 

3. Mazhab Hambali :- HARAM mencukur kening HARAM mencukur kerana mengelirukan dan menyerupai golongan yg berdosa. (fajir) boleh khusus utk suami sahaja, dngn syarat suami tersebut telah melihat isteri tersebut seblm dia mncukur keningnya. jika sebaliknya tidak dibenarkan kerana takut timbul penipuan.

4. Mazhab Syafie :- HARAM mencukur kening dngn tujuan bersolek2 dan tabarruj (berhias utk menunjuk-nunjuk) boleh utk suami sahaja dengan keizinan suami tersebut. kesimpulan dari pendapat2 ulama' tersbut kesemua ulama' berpndngn bahawa hukum mencukur kening adalah HARAM. jika timbul darurat-darurat tersebut dibolehkan dngn kadar yg terbatas sahaja. terdapat kajian dari pakar2 islam dan pakar2 sains tntg bahan yg digunakn utk mewarnakan kulit bagi mnggantikan kening yg dicukur ada memberi mudharat ke atas kulit tersbut. kerana terdapat bahan2 kimia yg berbahaya kepada kulit muka. sumber rujukan : mughni muhtaj, khatib sharbini, hasyiah al-adawi, al-mughni li ibn qudamah, kajian dktor wahbah Ahmad Hasan kajian dktr Muhmmad Uthman Syaibar kitab perbahasan feqah 
Wallahu ‘aklam..


*Perkongsian dari Group “Teratak Qaseh Nur Ilahi” Pada 1hb Febuari 2011

No comments:

Post a Comment