Wanita Sejati

Wanita Sejati
Adalah wanita suri tauladan
Lembut tangannya mampu menghurai seribu masalah
Dibawah ayunan buai oleh jemari halusmu
Lahirlah cahayamata yang menyinari dunia dengan pancaran keimanan
Kau dilahirkan bersifat penghuni syurga, lemah lembut, penyantun dan pemalu
Peliharalah maruah dirimu sepanjang waktu dalam berhijab
Perbaiki dirimu selalu kerana dikhuatiri nafsumu yang sembilan dan akalmu yang satu,
Tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang serba palsu ini
Dekatkan dirimu selalu kepada Allah
Dan sentiasa bertaubat
Dan malu diatas keterlanjuran masa lalu
Bila kau disunting menjadi seorang isteri, jadilah isteri yang setia
Utamakan mengurus rumahtangga, menjaga amanah dan harta suami
Mengasuh dan mendidik anak-anak bagi menatang cahayamata
Muliakan ibubapa dan ahli keluargamu
Taati akan perintah Allah dan jauhi laranganNYA
Serta maniskan dalam menjalin hidup mengikut Sunnah Nabi tercinta
InsyaAllah Kau adalah wanita sejati


Amatilah sebuah Hadith
Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita telah melakukan solat lima waktu dengan sempurna, berpuasa dibulan Ramadhan cukup syaratnya, menjaga maruah dirinya, serta mentaati suaminya, maka diakhirat akan diseru untuk masuk kedalam syurga dari arah pintu mana yang ia suka.” – Hadith Riwayat Al Bazzar





Putri Cahya Qaseh (PCQ)
          Siti Habibah




No comments:

Post a Comment